Pencapaian Akademik SESTA Sekolah_Menengah_Sains_Tapah

Sekolah Menengah Sains Tapah telah mencatatkan pencapaian akademik yang boleh dibanggakan dalam pelbagai peperiksaan awam.

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

2012

Walaupun Sekolah Menengah Sains Tapah baru ditubuhkan pada tahun 2010,sekolah ini telah mencipta rekod mereka sendiri dengan 104 pelajar tingkatan 3 2012 SESTA telah mendapat mendapat 8A dan nilai GPS ialah 1.059.SESTA telah tersenarai sekolah yang cemerlang di Malaysia berikutan keputusan ini dan SESTA merupakan antara 25 SBP dan MRSM yang cemerlang PMR pada tahun 2012 serta berdada di kedudukan ke-4[perlu rujukan] dalam negeri Perak.

2013

Pada tahun 2013, Sekolah Menengah Sains Tapah telah memperoleh keputusan peperiksaan PMR yang membanggakan.Seramai 91 orang pelajar mendapat keputusan 8A dan nilai GPS ialah 1.0622 .SESTA berada di ranking ke-4 Perak[perlu rujukan] dan kedudukan ke-29 antara SBP dan MRSM. Pencapaian ini telah menjadikan SESTA sebagai salah satu sekolah yang sentiasa konsisten dalam pencapaian akademik di Malaysia berikutan pencapaian yang cemerlang pada tahun 2012.

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Peperiksaan pusat di bawah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini mula diperkenalkan menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula 2014.

2014

Dalam peperiksaan yang diadakan buat julung kalinya tahun tersebut, kebanyakan pihak terkejut kerana sistem pengendalian, pemarkahan dan penganalisaan amat berbeza daripada sistem PMR dahulu, ditambah lagi dengan integrasi soalan berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi melampaui jangkaan para guru dan pelajar. Namun, hasil kepekaan terhadap perkembangan semasa dan usaha gigih mereka, seramai 27 pelajar mendapat semua A dalam peperiksaan tersebut dan gred purata sekolah adalah sebanyak 1.40, disifatkan oleh ramai pihak sebagai keputusan diluar jangkaan kerana banyak sekolah tidak menunjukkan keputusan yang baik sepertimana SESTA.

2015

Berbeza dari tahun sebelumnya yang penuh kejutan, tahun ini menyaksikan persediaan lebih rapi diadakan oleh para guru dan pelajar. Namun begitu, perubahan penggredan markah seragam KPM pada peringkat sekolah yang mengejut sedikit sebanyak memberikan tekanan (85 markah diperlukan untuk gred A berbanding 80 tahun sebelumnya) dan menjejaskan keputusan pelajar pada peperiksaan awal dan juga percubaan (pada tahun tersebut bahagian BPSBPK mula mengadakan percubaan seragam seluruh SBP). Malah integrasi soalan KBAT juga semakin tinggi arasnya, menjejaskan keputusan ramai pelajar dengan ketara terutamanya pada subjek Sains dan Matematik. Namun, hasil usaha lebih gigih guru-guru serta para pelajar, Gred Purata Sekolah dapat dinaikkan kepada 1.35 meskipun bilangan mereka yang mendapat semua A menurun secara ketara menjadi 8 orang, perkara yang dapat dibanggakan pihak sekolah.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

2012

Pelajar cemerlang 9A+ SPM 2012, Zulafifi Abdul Rahman dilambung para pelajar untuk meraikan kejayaan sulung sekolah itu dalam peperiksaan SPM. Adegan ini menjadi tumpuan pihak media.

Sekolah Menengah Sains Tapah juga telah mencipta sejarah dalam keputusan peperiksaan SPM yang pertama sekolah ini.Seramai 40 orang pelajar mendapat keputusan kesemua subjek 9A dan dua orang pelajar mendapat keputusan kesemua 9A+ (Zulafifi Abdul Rahman dan Nurul Syazmeen Ahmad Mustakim).SESTA berada di ranking ke-2 Perak dan kedudukan ke-26 terbaik di peringkat nasional.[perlu rujukan] Pencapaian ini amat dibanggakan kerana SESTA berjaya mencipta sejarah walaupun dibuka sejak tahun 2010. Pencapaian ini juga telah mendapat perhatian orang ramai.

2013

Masih menyambung legasi generasi terdahulu, SESTA sekali lagi mencatatkan keputusan cemerlang dengan bilangan calon sama mendapat 9A dalam peperiksaan tersebut iaitu seramai 41 calon serta masih lagi berada dalam kedudukan tempat kedua di negeri Perak di belakang Kolej Melayu Kuala Kangsar .Namun, pada tahun ini tidak ada seorang pun yang mendapat keputusan cemerlang tertinggi 9A+ pada tahun tersebut mesikipun terdapat kenaikan pada Gred Purata Sekolah. Namun apa yang boleh dibanggakan, Gred Purata Subjek Bahasa Melayu mencatatkan rekod amat tinggi iaitu 0.24, menjadi salah satu faktor sekolah ini dinobatkan Sekolah Kluster Kecemerlangan.

2014

Pada tahun 2014, Sekolah Menengah Sains Tapah mencipta sejarah apabila dinobatkan tempat pertama keputusan SPM terbaik seluruh negeri Perak dan 15 teratas dalam senarai kedudukan sekolah terbaik kategori Sekolah Berasrama Penuh peringkat Kebangsaan. Seramai 52 orang pelajar telah mendapat keputusan 9A dan dua daripadanya mendapat Cemerlang Tertinggi 9A+ iaitu Muhammad Syafiq Arfan bin Sait dan Azeera binti Azmin Zuhri. Namun apa yang sedikit mengecewakan, Gred Purata Sekolah telah menurun sedikit.

2015

Pada tahun 2015 , seramai 34 orang pelajar berjaya mendapat 9A. Turut dibanggakan juga , ada seorang pelajar yang mendapat 9A+, iaitu Farah Husna binti Mohd Zulkiflee.

2016

Seramai 30 orang mendapat semua A (9A). Seorang mendapat 9A+ iaitu Mohamad Faqhrul Hakimi bin Mohd Firdaus. Paling manis, pelajar tahun ini berjaya mendapat tempat pertama dalam Subjek Sejarah antara Sekolah Berasrama Penuh KPM.

2017

Seramai 10 orang mendapat semua A.